20 June 2019

Part -time Job Dirumah Atau Di mana - mana anda berada

Assalamualaikum,

Jadi hari ini saya mahu share dengan korang 1 apps yang boleh dapatkan duit yang tak memerlukan banyak tenaga pun. Nama apps ini ialah CashZine. Korang boleh install apps ini di Playstore. Untuk iOs user, minta maaf tak sure ada ke tak.   Kalau korang pakai code aku 1331197, automatically korang akan dapat 800 coins. Senang bukan?


 Apa yang korang perlu buat adalah tekan, baca dan scroll. Mudah je kan? Kalau yang minat membaca lagi bagus. Dekat sini ada share facts, famous foods and macam-macam lagi lah. 




Bagi yang macam tak percaya apps ni legit ke tak, boleh tengok bukti ni. Aku attach kan sekali bukti pembayaran dari apps ni. Payment dapat dalam masa 2 hari plus minus. Walaupun dapat RM1, okay lah kan dari tak ada 😂So untuk 1000 coins bersamaan RM1.00 Remind that readward app tu sama dengan cashzine app ye. 





Mungkin ada yang rasa macam eh lambat lah nak dapat seribu tu. Jangan risau, dekat sini korang boleh dapat extra money.

1. Check in hari-hari boleh dapat coins. Kalau kau check in 7 hari berturut-turut boleh dapat 20 coins. Kalau 14 hari boleh dapat 14 x 20 = 280  coins. Mudah kan. 


2. Macam biasa cari referral untuk dapat extra coins. Once ada yang register menggunakan code kau, kau akan dapat 500 coins, dan dia pun dapat 800 coins.


3. Kalau referral tu hari-hari membaca, korang akan dapat commission 15% dari total yang dia baca pada hari tersebut. 


4. Sambil baca tu, kalau kau share article tu dekat mana-mana pun akan dapat extra 20 coins.


Jadi guys, apa yang tunggu lagi. Gunakan code saya 1331197. Mari lah kumpul duit bosan-bosan ni. 

12 April 2018

BAJA MILAGRO UNTUK MENAMBAHKAN HASIL TANAMAN DI RUMAH

Assalamualaikum...
Nak share sikit cikgu-cikgu, kawan-kawan dan pakcik dan makcik yang suka bercucuk tanam belakang rumah boleh cuba untuk guna baja milagro. Mungkin ada yang dah banyak kali mencuba baja tak berhasil, boleh lah try baja milagro ni ada rezeki menjadi lah tanaman tu. Sayur-sayur, pokok buah dan pokok bunga pun boleh pakai baja milagro ada rezeki nampak lah bezanya sebelum dan selepas menggunakan baja milagro.

Untuk pengetahuan kalian, wujudnya baja milagro ni merupakan satu initiative untuk mengurangkan solid waste iaitu sisa pepejal. Baja milagro ni adalah baja organik (tiada effect kepada environment ataupun environmental friendly).  Dah nama pun baja organik jadi tiada lah bahan atau hazardous chemical (kimia berbahaya) di dalamnya. Sebab jika menggunakan baja bukan organik mungkin akan memberi kesan dekat tanah atau soil pollution (pencemaran tanah).
Risau jika baja milagro ni berbau? Baja ni mempunyai bacteria? Baja milagro odorless (tidak berbau) dan free of pathogen (bebas kuman/bakteria)
Penghasilan baja milagro menggunakan kaedah Rapid Thermophilic Digestion Technology (RTDT) iaitu kaedah pertama yang diguna pakai di Malaysia. Menggunakan kaedah RTDT, baja dihasilkan dalam masa sehari, dan bagusnya RTDT kurangkan penghasilan gas carbon dioxide (CO2). 

Boleh lah tengok testimoni dari customer tentang baja milagro ni.



Mungkin ada daripada kalian yang malas nak save no jika berhubung dengan whatsapp. Jadi, tak payah susah-susah, kalau berminat untuk beli boleh click https://bajamilagro.onpay.my/order/form/bajamilagro/9
Kalian perlu isi beberapa details form, akaun bank yang akan digunakan dan alamat. Baja milagro yang ditempah akan dihantar melalui pos. Boleh cuba 1 paket (1 kilogram). Rasa puas hati dengan baja milagro boleh repeat order. Guna balik link   https://bajamilagro.onpay.my/order/form/bajamilagro/9 untuk order baja. 

Sekian, terima kasih sudi membaca.

13 August 2015

Nilai Ringgit Sudah Jatuh

Salam bahagia.
Hope semua sihat dan bahagia di samping orang tersayang.

So, kalau tengok tajuk entry gua 'Nilai Ringgit Sudah Jatuh'. Masalah nilai ringgit ni jatuh sejak kerajaan implement GST. Tau kan GST tu, tak tau pergi GOOGLE. Huhu. 

Ni latest punya check dekat google. 1USD = RM4.02 Nilai ringgit jatuh juga boleh menunjukkan sesebuah negara tu ada masalah dengan ekonomi. Barang2 semua dah naik harga. Dulu karipap boleh dapat 3 keping RM1, sekarang ni 5 keping RM2. Tapi ada je certain tempat yg maintain 3 keping RM1. Macam tak ada kena mengena kan. Pandai2 lah google cari reason GST boleh buat nilai ringgat jatuh. Zaman dah maju kan. Hehe.

Since nilai ringgit kita dah jatuh, apa kata kita buat side income. Kerja ni kita rajin, kita dapat untung. Kerja dapat duit dalam USD. Minimum cashout 8USD and make sure kena ada account PayPal sign up. Lepas tu tekan link ni. Clixsense




Kalau click link tu ada tulis ' You have been invited to join ClixSense by KHALID ISMAIL'   Then sign up Clixsense. Make sure click link Clixsense sebab. Nak tau sebab baca sampai habis. Hehe. Cara kita nak buat duit dengan buat task, survey, paid-per-click. Task dgn survey jarang dapat tapi kena rajin lah bukak tengok ada ke tak. Kalau tak ada tu maybe dah limit. Task pun kadang mahsyuk jugak dapat tp advantage dekat yg pandai English. Semua task dalam English. Survey bahasa apa kau nak pilih pun boleh.

Mesti tak percaya apa yg gua tulis ni. Tak ada bukti kan. Mengarut lah. Benda boleh edit lah. Zaman dah maju kan mesti orang ingat gua guna photoshop ke. 




Ni bukti dari account PayPal gua. Gua cashout 11.79USD dari Clixsense.  Cashout dulu boleh hari Isnin dengan Jumaat tp sekarang diaorang buat hari Rabu je. Tak tau lah kenapa. (baki 10.8USD sebab ada beli apa entah. hehe)

Gua nak kata amik kesempatan join Clixsense masa nilai ringgit tengah jatuh pun rasa serba salah. Huhu. Anggap lah ini peluang. Macam sama je kan. Okay, sebenarnya benda ni kalau kita recommend dekat orang lain pun dapat bonus. Tu yang gua suruh click link yg ada tulis INVITED BY KHALID ISMAIL Clixsense. Make sure kalau nak join click link tu. Heheh. 

Kalau dah join and rasa tak paham nak explanation boleh pergi dekat forum. Ada forum dari Malaysia. Macam2 bahasa. Tanya je apa nak tanya. Nak tanya gua pun boleh. Clixsense ni bukan kau kena mengadap 24 jam. Kalau siang kerja, malam boleh spend dalam 30-45 min. Estimate je ni sebab kalau dapat survey @ task mesti lama sikit. Yang penting kena RAJIN okay.

Sekian entry kali ini yang berbaur bisnes untuk siapa yang nak cari side income. Selamat beramal. Huhu.






18 April 2015

Adios!

Salam sejahtera

Alhamdulillah, dah habis semester 6 Diploma in Civil Engineering. Banyak pengalaman dan ilmu yang aku dapat. Banyak jugak kenangan pahit, manis, suka dan duka lagi2 bila aku pindah dari kampus Jengka ke kampus Pasir Gudang.

Dekat kampus Pasir Gudang dua sem je. Dapat jumpa kawan baru yang datang dari kampus Penang. Banyak orang Selangor dengan Kuala Lumpur yaww...

So, hopefully aku dapat habiskan Diploma on time. Mohon tak ada yang sangkut. Tak berani nak kata OFFICIALLY habis Diploma. Tapi harap2 semuanya lepas. Mohon lecturer yang maybe tengah mark paper final tenang,  bagi markah kesian banyak sikit. Huhu.

Actually, entry kali ni tak dirancang pun. Tiba2 rasa nak update blog since dah lama tak update. Biasalah busy dengan final semester. Final year project ada 4. And biasanya aku update blog dekat rumah. Dekat rumah sewa tak ada internet. Lagipun sana line Maxis macam tutt...

Okay, sekarang nak belanja sikit segala kenangan2 yang ada dekat both kampus Jengka dan Pasir Gudang.

Classmates masa Semester 1,  EC1101H

Member dari Jengka melawat Pasir Gudang *terharu*

Buat lab highway, sambil2 tu snap picture

Last class dengan Miss Herda *duduk kerusi Like a Boss*

Terima kasih kawan2 untuk semua memori. Kalau jumpa tegur2 lah  ye. Dan yang paling penting, jangan lupa jemput kahwin. Nak suruh jadi pengapit pun boleh. Adios!

Jumpa next entry, Wassalam.

31 December 2014

Selamat datang 2015, Selamat tinggal 2014

Bismillah

Since, dah lama tak update blog so tiba2 dapat idea nak update pasal tahun baru.

Hari ni last day untuk tahun 2014. Esok dah tahun baru tahun 2015. Jadi, sepanjang tahun 2014 banyak jugak suka duka yang aku lalui. Sesuatu yang aku rasa agak terkesan adalah perpindahan aku dari Uitm Jengka ke Uitm Pasir Gudang. Tinggal lagi dua sem nak habis Diploma Kejuruteraan Awam elok pulak disuruhnya pindah ke sana. Tinggal lah member2 yang majoriti budak Pantai Timur. I love Pantai Timur. 

Tahun 2014 ni jugak ada banyak yang berlaku dekat negara kita. Kehilangan MH370, MH17 terhempas, dan dua yang paling latest ialah banjir dekat Pantai Timur dan certain tempat dekat Johor, Perak dan Selangor.  So, bila banjir ni berlaku ada pulak golongan yang mungkin sel2 otak tak berhubung dan terputus dan kaitkan dengan politik. Fikiran bodoh tu mohon simpan jangan bawak ke Tahun 2015. Maaf kasar bahasa. Ni semua kerja Tuhan dan mengingatkan kita pasal akhir zaman. Eloknya diam dari bercakap kalau percakapan itu menyakitkan hati orang lain. Always pray utk mereka. Mana yang mampu buat sumbangan dan lagi bagus jadi sukarelawan. 

Okay, sebelum makin panas baik tukar topik dan kita cerita pasal AZAM. Aku sebenarnya tak tau lah apa azam aku sebenarnya. Dan even kalau aku ada  azam tak pasti azam tu dah tercapai ke belum. Haha. So apa yang aku azam tahun ni dapat habiskan Diploma dengan steady dan jayanya. Then sambung Degree tak kisah lah sambung mana2. Lagi MUET cemerlang. Dapat Band 4 pun kira dah bersyukur. Aku ni tak adalah demand sangat. Haha.

Now kita cuci mata sikit tengok gambar2 sepanjang tahun 2015 ni.

TRIP KE CHERATING 

LAST DINNER FKA DI UITM JENGKA

SEMESTER 5

REUNION KECILAN DGN BDK UITM JENGKA

CUTI KE LANGKAWI 

CABLE CAR

CELEBRATE BIRTHDAY




Haa, gambar sepanjang tahun 2014. Okay. Jumpa next entry. 

Move one
Keep doing the right thing
Parents first, Friends come second
Stay positive 
Keep smiling



10 April 2014

Sayonara Uitm Jengka.

Assalamualaikum...
Ape kabar semua?? Harap semua dalam keadaan sihat hendaknya.. :)

Semalam gua baru saje balik dari Uitm Jengka untuk cuti semester 4. Tapi cuti semester kali ni tak boleh sgt dikatakan cuti sebab ada praktikal. 2 bulan beb. Agak lama jugak la kan.

Lepas ni gua dah tak dtg balik Uitm Jengka. Kena transfer Uitm Pasir Gudang sebab sekarang ni Uitm nak selaraskan certain tempat utk certain kos. Dekat Pasir Gudang semua jenis kos engineering akan berkumpul.
Bagusnya gua kena pindah sebab lagi dekat kalau nak compare dengan Jengka tu. Dari Melaka ke Jengka biasa 5 jam tapi Melaka ke Pasir Gudang 2 jam lebih dah boleh sampai. 

Tapi.... yang tak bestnya bila kena pindah ialah kena berpisah dengan member2 gua. Empat sem satu kelas satu bilik tiba2 kena pindah. Rasa agak sedih woo~ Dan kalau pindah semua takpe lah. Ni suruh budak2 selatan je yang pindah. Yang ddk pantai timur kena stay dekat Jengka tu.

So, gua masuk Uitm Jengka tu bulan 6 sampai bulan 4 2014. Dekat 2 tahun lebih. For sure lah byk kenangan pahit dan manis dekat sini. Pergi study sama2. Ponteng kelas sama2. Haa,, ponteng tu tak sengaja. Hehe. Pergi camping dekat Hutan Negara masa sem 1, site visit dekat Gunung Senyum masa sem 2. Itu semua kenangan tak akan ku lupakan. Lagi2 bila gua sem 4 sebab kena duduk luar. Duduk satu rumah. Macam2 perangai member2 gua. Menyanyi. Kepala gila2 bila tgh bosan. Main FIFA menjerit2 bila tak masuk goal. Haha. 

Harap2 lah kita boleh jumpa balik. Maybe masa degree. Maybe masa gua kahwin. Uhuk2. Atau member gua kahwin. Nak gather balik buat reunion ke. Harap2 kita boleh berjumpa lagi. Our friendship will neverlast. Friend untill Jannah. :)

Susah betul nak amik gambar semua ahli kelas ada. Masa ni jelah
semua ahli  kelas complete.  End of ECM Lab class.
Anyone yg rasa berminat dekat classmates gua boleh comment. Nanti gua kasi phone num. Haha.

Okay, itu saja untuk entry kali ni setelah lama tak update. Berhabuk sangat ni. Banyak kali dah gua bersin ni. LOL. Abaikan tajuk tu kalau rasa tak berapa nak kena. Huhu. Thanx for reading.

Wassalamualaikum.. :) :) :)

29 December 2013

Updating....

Assalamualaikum
Harap semua pembaca dalam keadaan sihat kehendakNYA..
Dah lama rasanya tak update since naik semester baru.
Tiba2 tengah2 malam ni terdetik hati ni perasaan nak update blog.
Walaupun motif update blog ni tak nampak sangat. Err..

Now gua tengah bercuti midsem.
2 minggu saje. Tak lama pun..
Tinggal lagi seminggu sisa baki dekat rumah.
Jadual harian dekat rumah macam biasa
Just a few days ago masa dihabiskan dengan tengok drama bersiri Korea
City Hunter. Cerita tu dah lama sebenarnya tahun 2011
Terpengaruh dengan member serumah.

Print screen. Heroin dia comel. Huhu


Even cuti ni gua dibekalkan dengan assignment + report gua agak malas nak buat. Huhu.
Surat menyurat untuk LI (praktikal) pun gua tak settlekan lagi
Kena letak note suruh gua buat kerja2 ni. Cehh..

Since entry ni secara tiba2 jadi style penulisan dia pun lain lah..
Macam menarik lah sikit untuk orang baca. Yeke?
Saje tak nak buat dalam bentuk perenggan.
Senang sikit nak baca. Tak serabut mana.

Okay..
Kehabisan idea untuk tulis
Jumpa entry lain sementara tengah cuti midsem ni.
Kalau dah naik cuti memang tak ada masa lah nak update  blog

Terima kasih sudi membaca.
Sekian. Wassalam. :)